8 TIPS PILIH KATERING PERKAHWINAN BUAT BAKAL PENGANTIN

PENGALAMAN SELAMA 15 TAHUN DALAM BIDANG KATERING MEMBUATKAN KAMI DAH JUMPA MACAM-MACAM RAGAM PELANGGAN.

Ada pelanggan tak kisah bab harga janji kualiti makanan dan servis terbaik. Yang minta diskaun super duper murah pun ada.

Tapi apa yang sama, mereka amat berhati-hati sewaktu proses ‘survey’ servis katering.

Bertalu-talu soalan ditanya supaya betul-betul puas hati.. Apa yg kami nampak, ramai yang tak konfiden syarikat catering dapat deliver kualiti yang dikehendaki..

Waktu testing lauk punyalah terangkat tapi bile hari kejadian, hampeh tawar semacam jer. Melepet-lepet lidah dalam mulut nak cari rasa..

So, kat sini kami nak kongsi sikit tips-tips macam mana nak pilih servis katering bagi newbie supaya korang tak tersalah pilih

QUOTATION

Quotation ialah perkara yang paling penting sebelum anda deal dengan lebih jauh.

Dapatkan dulu quotation lengkap mengenai servis katering yang ditawarkan termasuk jenis makanan, harga makanan dan peralatan yang digunakan.

Bila takde hitam putih ni bukan apa. Waktu deal, macam-macam janji ditabur syarikat katering.. Tapi bile time kenduri lain pulak yg dapat. Menyesal tak?

Dalam ‘quotation’ juga akan dinyatakan juga terma dan syarat pembayaran kepada anda.

PILIH SYARIKAT KATERING YANG MENAWARKAN PAKEJ JIMAT

Selain daripada harga, pilih katering yang menawarkan tawaran lebih jimat supaya anda ada lebih bajet untuk perbelanjaan lain. Buat kira-kira terlebih dahulu untuk mengetahui tahap kewangan anda sebelum memilih syarikat katering yang sesuai.

Biasanya dalam pakej katering akan ada menu-menu di bawah :

  1. Nasi Briyani / Minyak / Tomato / Bukhari
  2. Nasi Putih 10% / 20%
  3. Ayam Goreng Berempah /
  4. Daging Masak Hitam / Briyani / Kurma
  5. Dalca
  6. Acar Buah
  7. Air Asam / Jelatah Timun
  8. Papedom
  9. Air Sirap / Laici / Oren
  10. Set Makanan Pengantin (Ayam Golek, Jambak Udang, Siakap 3 Rasa, Dessert, Ukiran Buah)
  11. 2 Set Dome VIP

Menu di atas ini adalah contoh yang paling ‘basic’. Ada juga pakej yang menawarkan servis kanopi, ‘make up’, pelamin, busana, sistem PA dan lain-lain.

FOOD TASTING

Pastikan korang dah test dulu makanan yang dipilih. Kami tak syorkan korang tengok gambar & terus decide.

Don’t judge the food by its picture. Zaman sekarang ni guna photoshop sikit jer ikan kembong pun boleh jadi siakap. So, better korang turun sendiri & rasa.

Biasanya sesi ‘Food Tasting’ ini akan dibuka pada orang ramai pada setiap hari Sabtu dan Ahad.

Sebaiknya bawalah 2-3 orang ahli keluarga anda yang lain supaya dapat beberapa ‘feedback’ yang bagus lagi jitu!

BERSEMUKA

Pergi jumpa sendiri pihak katerer yang anda pilih. Kalau boleh, jangan wakilkan sesiapa sama ada kawan, sepupu, saudara mara atau sesiapa sahaja untuk berjumpa dengan pihak katerer. Ini untuk elak daripada ditipu.

Kalau nak wakilkan pun, pilihlah ahli keluarga terdekat yang boleh dipercayai dan pandai ‘nego’. Biasanya orang lama memang mahir bab-bab ni.

Waktu bersemuka ni anda boleh ‘nego’ harga atau ‘extra free gift’ kalau tempahan yang dibuat lebih daripada 1000 pax.

GOOGLING!

Rajin-rajin buat research tentang syarikat katering sekitar tempat korang. Compare harga antara semua syarikat katering.

Jangan tengok yang murah jer tapi tengok jugak apa yang ditawarkan. Wajib tengok juga review & testimoni dari pelanggan lama.

Setiap pakej yang ditawarkan ada kelebihan dan kekurangannya. Biasanya pakej yang agak mahal menawarkan kualiti makanan yang lebih baik.

Pakej yang murah bukanlah langsung tak berkualiti, banyak juga yang bagus. Yang penting anda tak jemu ‘menggoogle’ sampai jumpa pakej katering yang menepati bajet dan kehendak anda.

Testimoni daripada para tetamu

Contoh video testimoni

TEMA MAJLIS

Pilih katering yang sesuai dengan tema majlis perkahwinan korang. Kalau tema majlis perkahwinan anda bertemakan Hindi, pilihlah set Briyani.

Jangan tema Hindi, tapi makanan ala Minang.. Siap ade kacang botol lagi Nampak kecik benda ni tapi ia beri kesan pada ‘experience’ tetamu anda.

CARA BAYARAN SERVIS KATERING

Sebaiknya jangan buat full payment dulu. Bayar separuh sebelum majlis & separuh lagi lepas majlis. Sebelum bayar, review balik quotation yang diberi dan tanya kepada syarikat katering jika ada kekeliruan.

Ada syarikat katering yang ambil bayaran deposit sebanyak 10% dan 20% 

Di bawah ini adalah contoh terma bayaran servis katering :

  1. Deposit Servis Katering – 10% dari jumlah keseluruhan kos katering
  2. Bayaran 80% sebulan sebelum majlis perkahwinan.
  3. Bayaran 10% dibayar pada petang majlis secara tunai.

Bayaran deposit biasanya tidak dipulangkan jika anda membatalkan tempahan.

PILIH SYARIKAT KATERING BERPENGALAMAN

Seorang atlit tak sama dengan jaguh kampung. Sama juga dengan syarikat katering.

Bagi syarikat katering yang baru nak mula, risiko untuk berlaku kes makanan basi, penghantaran lewat dan macam-macam lagi adalah tinggi.

Walaupun begitu, tak semua syarikat baru macam tu. Ada jer yang okay. Cuma, kami sangat syorkan ambil mereka yang dah lama dalam bidang katering supaya detik-detik perkahwinan anda tak spoil dengan kejadian lauk basi atau tak cukup 

😎

Choose wisely 

kredit kepada https://rajabriyanicatering.wordpress.com/2017/07/28/tips_pilih_katering/

hubungi kami