KEARAH FRANCISING zackcatering.com. Demi Visi dan Misi yg tersemat diatas garis masa, staff saya yang sorang ini adalah auditor terhadap perancanaan yang menepati garis panduan agensi2 pensijilan seperti MESTI, HALAL, GMP, Trust My Catering dan sebagainya. Sudah tentu staf saya yg sorang ini memikul tanggung jawab auditing yg ketat. Kami bermula dari bawah dgn cawangan kami yg dah agak usang ini dan akan melalui satu persatu proses pensijilan ini.
Inshaa Allah didalam Road Map ini kami akan mendaki satu persatu tangga ini demi satu matlamat iaitu membalas budi para pelanggan budiman yg sentiasa menyokong produk dan perkhidmatan kami dgn tempahan katering yg tidak pernah putus dari org perseorangan, korporat, agensi2 kerajaan, malah Kerajaan Negeri dan Persekutuan sendiri. Semuanya dilakukan ikhlas kerana Allah untuk semua dari rakyat marhaen budiman seperti kita sehingga Yang Berbahagia VVIP.
Mohon doakan juga agar kami dpt merealisasikan matlamat untuk kebaikkan semua pihak juga saya mohon utk menikmati kejayaan hasil penat lelah dalam usaha zackcatering.com menjadi usahawan melayu yang berjaya. Kerana tanpa sokongan semua siapalah kami.
Kepada semua staff, bekas staff, sahabat handai, para pelanggan, dengan rendah hati saya mengucapkan terima kasih atas semuanya, saya bukan yang terbaik tetapi cuba mengusahakan yg terbaik buat semua. Jika ada apa kesilapan mohon maafkanlah. Inshaa Allah saya akan memperbaiki segala kelemahan sedikit demi sedikit dari masa ke semasa menuju kepada kesempurnan inshaa Allah.
From the desk of Executive Chef:
Chef Zack
zackcatering.com