Zack’s Corner didafarkan pada tahun 2005 di Kuantan, Pahang oleh En Mohd Zakaria Bin Isa. Kini, setelah lebih 14 tahun, Zack’s Corner kekal beroperasi setiap hari dan masih berdaya saing. Selain menjadi pembekal makanan dalam servis penghantaran ‘Food Valet’ dan pembekal tetap makanan basah kepada ‘Hospimart Kuantan’, Zack’s Corner turut mengembangkan sayapnya dalam bidang katering yang semakin mendapat tempat di hati pelanggan terutama jabatan-jabatan kerajaan, korporat dan perseorangan.

Zack’s Corner menawarkan lebih dari 50 menu untuk khidmat katering merangkumi menu istimewa kami iaitu Nasi Beriani Gam Batu Pahat, Nasi Berlauk, Aneka Masakan Pahang, Masakan Barat, Masakan Itali, Masakan Ala Thai dan juga pelbagai menu sarapan pagi dengan kuih muih tradisional yang menyelerakan.

Kesemua produk di Zack’s Corner dimasak menggunakan ramuan dan bahan mentah yang halal, segar dan berkualiti tinggi bagi memastikan rasa masakannya yang asli. Keunikan rasa masakan di Zack’s Corner pasti memberikan suatu pengalaman yang berbeza buat pelanggan dengan variasi pilihan makanan yang menarik.

Teras perniagaan kami , Zack’s Corner secara konsisten menawarkan kualiti servis di tahap optimum kepada pelanggan bagi setiap lapisan masyarakat.

Sekiranya anda mencari katerer yang memberikan servis yang terbaik dari segi kualiti makanan yang dijamin halal, bersih dan sedap, menepati masa, kakitangan berpakaian kemas, berprotokol, perwatakan menarik dan mesra pelanggan, juga dekorasi yang eksklusif dan indah bagi memeriahkan suasana majlis anda, ZACK’S CORNER adalah solusinya.

hubungi kami

  • Hadapan Bangunan UIAM Hospital off Jalan, Jalan Penjara, 25000 Kuantan, Pahang
  • reservation@domain.com
  • 016 945 0527
  • 013 983 5963
  • 016 954 0257

Zack’s Corner didafarkan pada tahun 2005 di Kuantan, Pahang oleh En Mohd Zakaria Bin Isa. Kini, setelah lebih 14 tahun, Zack’s Corner kekal beroperasi setiap hari dan masih berdaya saing. Selain menjadi pembekal makanan dalam servis penghantaran ‘Food Valet’ dan pembekal tetap makanan basah kepada ‘Hospimart Kuantan’, 

Close Menu
×

Cart